26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Henti boikot zakat, wakaf susulan isu ceroboh tanah perkuburan – Menteri

    Shopee Sale

    Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan seruan memboikot pembayaran zakat dan pelaksanaan wakaf susulan isu pencerobohan tanah perkuburan Islam di Petaling Jaya.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata masyarakat perlu mengambil pendekatan lebih berhemah dan berteraskan rahmah dengan menumpukan kepada usaha mengajak kepada kebaikan, bukannya tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan umat Islam sendiri.

    “Jadi, barangkali kita ingin perbanyakkan lagi usaha-usaha ke arah yang baik maka ajakan seperti begitu, kita hindarkanlah sebaiknya kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pembentangan Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) 2025 yang diilhamkan dan digerakkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di Petaling Jaya hari ini.

    Semalam, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin dilaporkan menyifatkan tindakan pengguna media sosial yang mengajak umat Islam memboikot zakat dan wakaf di Selangor susulan isu pencerobohan tanah perkuburan Islam di PJS4 di sini sebagai tidak bertanggungjawab serta mengelirukan, sambil menegaskan perkara itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan sedang diurus mengikut undang-undang.

    Sementara itu, Zulkifli ketika berucap pada majlis berkenaan berkata Malaysia diiktiraf antara negara terbaik dunia dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran Islam termasuk halal, haji, kewangan Islam, wakaf dan zakat, namun tahap pemikiran serta penghayatan Islam berteraskan rahmah dalam kalangan rakyat masih belum mencapai tahap yang dihasratkan.

    MENARIK:  Iran jawab Trump - Kami yang tentukan bila perang berakhir

    Beliau berkata pengurusan zakat negara juga semakin baik termasuk penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan agihan.

    “Malahan hari ini kalau kita tengok pungutan agihan zakat, kita boleh tahu ke mana duit kita masuk dalam talian secara masa nyata. Ini antara perkara yang baik. Namun begitu ada satu perkara pada saya belum lagi mencapai tahap yang kita inginkan iaitu tahap pemikiran rakyat, tahap pemikiran umat Islam yang berkemajuan, progresif, dinamik, wasati, maqasid dan rahmat,” katanya.

    Justeru, beliau berkata IMNR boleh menjadi pemangkin dalam membentuk pemikiran masyarakat yang lebih berteraskan rahmah serta nilai kemanusiaan.

    “Barangkali ini yang kita cuba lakukan. Alhamdulillah saya ucapkan tahniah kepada IKRAM, ini akan menjadi satu pemangkin kepada usaha kita untuk membawa, menciptakan pemikiran rakyat yang rahmat. Pemikiran umat Islam yang rahmat, yang bukan ‘marah-marah’.

    “Kita memerlukan lebih banyak lagi idea-idea baharu untuk kita gerakkan. Kita perlukan idea-idea yang tuntas untuk kita lakukan perubahan dan idea itu kena idea yang segar,” katanya.

    Laporan Kajian IMNR berfungsi sebagai penanda aras dalam menilai sejauh mana dasar, pelaksanaan serta amalan dalam negara selari dengan konsep rahmah yang menekankan nilai kemanusiaan, kesejahteraan dan keharmonian sosial, selain membantu mengukur dimensi pemikiran masyarakat berteraskan pendekatan maqasid dan rahmah secara lebih menyeluruh.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah