31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Helikopter bawa presiden Iran terhempas

    Shopee Sale

    GLOBAL | Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan, menurut Agensi Berita Republik Islam (Irna).

    Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad, katanya.

    Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu yang lain berada di dalam helikopter itu, lapornya.

    Koresponden Irna berkata pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke kawasan terbabit dan operasi mencari masih berjalan.

    MENARIK:  Ketibaan Akmal di mahkamah diiringi sorakan, selawat

    Cuaca berkabus dan kawasan itu yang sukar dilalui menjadikan usaha mencari dan menyelamat menjadi sukar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah