28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Heli TLDM terhempas: Sultan Selangor zahir dukacita

    Shopee Sale

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idirs Shah menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi tadi.

    Menerusi catatan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin selaku Kapten Yang Dipertua TLDM turut menzahirkan rasa terkejut dengan insiden yang telah mengorbankan 10 kru yang juga anggota TLDM tersebut.

    "Selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Beta ingin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 TLDM ini.

    "Beta juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini," titah baginda.

    Sultan Sharafuddin bertitah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan bersemadi dengan aman.

    MENARIK:  Bukit Aman ambil alih siasat video Tei tuduh Azam Baki

    Baginda bertitah pemergian 10 anggota TLDM itu adalah satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara.

    Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

    Difahamkan insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah