27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    HeiTech Padu dapat kontrak sistem NIISE Imigresen RM892.19 juta

    Shopee Sale

    HeiTech Padu Bhd memperoleh kontrak bernilai RM892.19 juta untuk projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

    Syarikat itu berkata kontrak berkenaan adalah untuk mengkaji, mencadangkan, mereka bentuk, membangun, membekal, menghantar, memasang, menguji, menyepadukan, memindahkan dan menyegerakkan data, pentauliahan dan pelaksanaan pengurusan perubahan dan latihan untuk projek NIISe.

    “Kontrak ini adalah untuk tempoh 60 bulan bermula dari 18 Okt, 2024 hingga 17 Okt, 2029,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

    HeiTech Padu berkata ia perlu mengemukakan kepada kerajaan Malaysia bon prestasi yang berjumlah RM8.92 juta dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh penerimaan kontrak tersebut.

    “Tanpa sebarang keadaan yang diluar jangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dan dan seterusnya sehingga kontrak selesai,” katanya.

    MENARIK:  Akauntan didenda RM4,500, pasang kamera intip wanita dalam tandas

    Sementara itu, dalam makluman yang berasingan, HeiTech Padu berkata urus niaga sahamnya akan disambung semula berkuat kuasa 9 pagi pada 21 Okt, 2024.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah