27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harimau dahan ditemui mati, dipercayai dilanggar

    Shopee Sale

    Seekor harimau dahan ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Trong menghala ke Beruas, semalam.

    Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya telah mengambil bangkai harimau berkenaan petang semalam selepas menerima aduan daripada polis bantuan WCE.

    "Bangkai harimau dahan itu telah kembung dan busuk, kita percaya haiwan itu telah dilanggar kenderaan dua hari sebelumnya berdasarkan keadaan bangkai," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

    Yusoff berkata harimau jantan spesies ‘clouded leopard' seberat 20 kilogram itu dianggarkan berusia lima tahun.

    Beliau berkata harimau dahan merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

    MENARIK:  Suami isteri didakwa cuai sebabkan anak perempuan positif dadah

    Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 21 saat memaparkan seorang individu menemukan seekor harimau yang telah mati dihurungi lalat dan berbau busuk di tepi penghadang besi lebuh raya berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah