31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hari Wesak angkat nilai kasih sayang, keinsafan diri – menteri

    Shopee Sale

    Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.

    Aaron berkata Hari Wesak mengangkat nilai sejagat seperti kasih sayang, belas ihsan dan keinsafan diri yang selari dengan aspirasi perpaduan negara.

    “Kepelbagaian adalah kekuatan Malaysia. Namun kekuatan ini hanya mampu dikekalkan jika kita faham antara satu sama lain, hormat kepada perbezaan dan terima kepelbagaian sebagai sebahagian daripada identiti negara.

    “Nilai-nilai ini (iaitu) faham, hormat dan terima bukan hanya untuk ditutur, tetapi untuk dihayati dalam tindakan dan dasar kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

    MENARIK:  Nik Nazmi sekolahkan Razman - Islam tidak prejudis terhadap warna kulit, bangsa

    Dia berkata nilai-nilai itu harus bermula di rumah, diperkukuh di sekolah, diterjemah dalam komuniti dan dipelihara oleh setiap warganegara.

    Hari Wesak yang disambut hari ini merupakan hari suci terpenting bagi penganut Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Siddhartha Gautama iaitu pengasas agama Buddha.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah