Harga runcit petrol RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter apabila penyasaran subsidi dilaksanakan nanti, kata perdana menteri.
Anwar Ibrahim berkata langkah itu bagi memberi manfaat kepada sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.
“Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi,” katanya.
[Berita penuh menyusul]





