28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Inkues Zara: Semua saksi kanak-kanak selesai beri keterangan

    Shopee Sale

    Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu menamatkan sesi keterangan secara tertutup dalam prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, selepas memanggil 35 saksi kanak-kanak.

    Saksi kanak-kanak terbabit – yang mula memberi keterangan pada 22 Sept lalu di hadapan koroner Amir Shah Amir Hassan – dibuat mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Pindaan 2024), selesai berbuat demikian pada hari ke-36 prosiding inkues.

    Sepanjang sesi tertutup itu, petugas media tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah bagi melindungi identiti semua saksi selaras dengan peruntukan akta berkenaan.

    Timbalan pendakwa raya Mohd Fairuz Johari yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues mengesahkan bahawa saksi kanak-kanak terakhir telah selesai memberi keterangan.

    MENARIK:  Umno tuntut pampasan RM100 juta dari Adun Rembia

    Katanya pendengaran inkues akan bersambung Isnin depan dengan sembilan guru dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar dijangka memberi keterangan.

    Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sehari sebelum itu di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi.

    Pada 13 Ogos lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengumumkan bahawa satu inkues akan dijalankan bagi menyiasat punca kematian pelajar itu selepas meneliti laporan siasatan polis.

    Sebelum itu, pada 8 Ogos lepas, AGC telah mengarahkan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bezah siasat dijalankan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah