24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hadir AGM Bersatu: Wan Rosdy seru MIC kekal bersama BN

    Shopee Sale

    Di tengah rasa kurang senang terhadap tindakan seorang pemimpin MIC menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail tampil menyeru rakan komponennya itu agar terus bersama memperkukuhkan BN.

    Wan Rosdy menegaskan dia mengambil perhatian terhadap tindakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan, yang hadir ke mesyuarat sayap pemuda Bersatu baru-baru ini.

    Katanya, hubungan BN dengan Bersatu mempunyai sejarah dan cabaran tersendiri yang tidak boleh diketepikan.

    Menurut Wan Rosdy, jemputan Bersatu kepada parti-parti komponen BN untuk menghadiri perhimpunan mereka jelas membawa implikasi tertentu dan berpotensi menjejaskan perpaduan dalam BN.

    “Umno sentiasa konsisten mengutamakan semangat setiakawan dalam BN.

    “Malah, di negeri-negeri di mana Umno mempunyai kedudukan yang lebih baik seperti di Pahang, MIC tetap diberikan tempat yang sewajarnya dan sering dipertahankan atas dasar kebersamaan,” katanya pada kenyataan media hari ini.

    Terdahulu, Kesavan dilaporkan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu di Shah Alam, yang turut mendapat perhatian Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi. Zahid menuntut MIC memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

    MENARIK:  Zaid gesa Umno desak ganti speaker parlimen

    Sebelum ini, Presiden MIC SA Vigneswaran mengesahkan adanya perbincangan tidak rasmi dengan PN mengenai hala tuju parti tersebut dalam BN.

    Dia berkata kepimpinan parti kini sedang mengkaji secara serius berikutan usul daripada ahli akar umbi – termasuk di Kedah dan Pulau Pinang – yang menggesa MIC mempertimbangkan untuk menyertai PN.

    Bagaimanapun, Wan Rosdy mengajak MIC untuk kekal bersama Umno dan komponen lain dalam BN, membina semula kekuatan secara kolektif, serta tidak memberi ruang kepada pihak luar yang pernah meninggalkan mereka ketika melalui saat sukar.

    “Percayalah, hanya dengan semangat muafakat dan kebersamaan, BN akan kembali menjadi wadah yang kuat dan dihormati,” katanya yang juga menteri besar Pahang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah