26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Had tempoh jawatan PM dipersetujui oleh semua Jemaah Menteri

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun sebagai pencetus perubahan yang mampu membawa pembaharuan besar dalam sistem tadbir urus negara.

    Beliau berkata cadangan itu disarankan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat khas Kabinet semalam dan telah dipersetujui oleh semua Jemaah Menteri.

    Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata had tempoh itu penting bagi mengelakkan seseorang Perdana Menteri memegang jawatan terlalu lama sehingga menimbulkan kesan ketepuan kepimpinan walaupun mempunyai prestasi yang baik.

    MENARIK:  Malaysia harap gencatan senjata Afghanistan-Pakistan bawa kestabilan kekal

    Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya hari ini.

    Ahmad Zahid juga berkata rang undang-undang bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibawa secara perundangan pada sidang Parlimen yang bermula pada 19 Jan ini.

    Semalam, Anwar dalam perutusan Tahun Baharu berkata rang undang-undang itu akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah