27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Guru pondok, asatizah perlu didik masyakat jauhi hina agama – Na’im

    Shopee Sale

    Guru-guru di institusi pondok dan asatizah perlu memainkan perananan mendidik masyarakat agar menjauhi sebarang perbuatan menghina mana-mana agama yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyarakat.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata golongan ilmuan Islam khususnya guru-guru pondok berperananan penting dalam mendidik memandangkan mereka diberikan kepercayaan dan harapan tinggi oleh masyarakat.

    “Kalau guru-guru pondok dapat mainkan perananan untuk mengajak masyarakat jangan sesekali terlibat dalam sebarang bentuk menghina mana-mana agama, insya-Allah kita boleh bina keamanan dalam negara kita,” katanya.

    Beliau ditemui pemberita selepas Program Ziarah Santun Du'at Al Falah di Pondok Mustaq Sungai Jagong, dekat Pendang semalam.

    Dalam konteks penghinaan terhadap agama Islam, Mohd Na’im berkata pihaknya terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam memastikan tindakan tegas dapat diambil.

    MENARIK:  Kelayakan akademik calon tetap penting, kata Fahmi

    Beliau turut mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam untuk bersama-sama membina kesatuan dan perpaduan serta mengelak daripada terbabit dalam sebarang bentuk penghinaan agama.

    “Sebab kalau berlaku huru-hara disebabkan penghinaan agama dan sebagainya, tidak memberi keuntungan kepada sesiapa dan kita bimbang ada segelintir yang cuba mengambil peluang menimbulkan kekecohan dan keseteruan dalam masyarakat di negara kita,” katanya.

    Terdahulu pada program itu, Mohd Na’im mengajak golongan asatizah untuk memainkan perananan dalam membawa mesej Membangun Malaysia MADANI serta memastikan penyampaian dakwah selari dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Mohd Na’im kemudian turut menghadiri beberapa program lain di pondok tersebut serta menyampaikan sumbangan berjumlah RM365,000 kepada Pondok Bukit Jagong serta bantuan kepada asnaf, warga emas dan ibu tunggal.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah