33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gurauan isteri kedua: Putin sifatkan Anwar ‘Muslim sejati’

    Shopee Sale

    Presiden Rusia Vladimir Putin menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai "seorang Muslim sejati" susulan jawapannya berhubung milik siapa tiga takhta di Dewan St Andrew semasa lawatan peribadi di Istana Kremlin di Moscow.

    Sidang media diplomatik Malaysia-Russia itu bertukar lucu apabila Putin berkongsi anekdot mengenai tindak balas gurauan oleh Anwar semasa kunjungan tersebut.

    Berita Harian melaporkan ketika menunjukkan kepada Anwar Dewan St Andrew yang luas itu, Putin kemudian menunjukkan tiga takhta, yang dimaksudkan untuk Tsar, Tsarina serta kerusi ketiga yang tidak dilabel.

    Dia kemudian bertanya kepada Anwar untuk siapa takhta yang ketiga itu dan tanpa bertangguh, perdana menteri terus menjawab: "Untuk isteri kedua".

    MENARIK:  Saya mungkin dipenjara lebih lama dari Najib, kata editor S’wak Report

    Kenyataan itu mengundang gelak tawa dari dewan yang penuh dengan menteri dari Malaysia, pegawai kanan Rusia serta pengamal media antarabangsa.

    Putin kemudian secara berseloroh menjawab: "Itulah jawapan seorang Muslim sejati, mewakili budaya Islam."

    Sambil tersenyum, Anwar kemudian menjelaskan bahawa dia hanya ada seorang isteri.

    “Tetapi saya rasa itu helah, cubaan menguji. Saya kata takhta kanan untuk isteri, kiri untuk isteri kedua. Tetapi kemudian saya sedar ia sebenarnya untuk ibu," katanya.

    Putin sambil ketawa mengesahkan: "Ya, takhta ketiga adalah untuk ibunya. Pertukaran maklumat selalu berguna."

    Dari Moscow, Anwar juga dijadualkan menghadiri "Dunia Rusia-Islam: Forum Kazan" di Kazan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah