31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Guna mesin layan diri untuk elak pekerja Islam sentuh arak’

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengalu-alukan cadangan supaya kedai serbaneka menggunakan mesin layan diri untuk menjual minuman beralkohol, supaya pekerja Islam tidak perlu mengendalikan produk berkenaan.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Zulkifli Hasan, berkata, kerajaan sentiasa menerima idea-idea tambahan yang boleh membantu menangani kebimbangan umat Islam yang terpaksa mengendalikan minuman beralkohol di tempat kerja, yang dianggap sebagai haram dalam Islam.

    Suhaizan Kaiat (PH-Pulai)

    “Idea dan juga seperti dimaklumkan YB Pulai itu sangat kita hargai dan kita akan cuba bawa untuk dibincangkan di peringkat-peringkat yang berkaitan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

    Zulkifli menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai), yang ingin tahu jika kerajaan boleh memperkenalkan mekanisme baharu yang boleh membantu mengelak pekerja Islam daripada terlibat dalam transaksi perniagaan berkaitan minuman beralkohol.

    Dia melahirkan kebimbangannya melihat umat Islam yang terpaksa bekerja di rangkaian kedai serbaneka dan mengendalikan penjualan produk tersebut.

    Ketika berkata demikian, Suhaizan mencadangkan Jakim melibatkan pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan garis panduan baharu bagi kedai-kedai melakukannya melalui mesin layan diri.

    MENARIK:  Apa kata cuba saya sebagai ketua menteri - Bung Moktar

    “Jadi (ini supaya) dia tak terus menyerahkan atau menjual minuman keras tersebut secara langsung (kepada pelanggan),” katanya.

    Sementara itu, timbalan menteri berkenaan turut menyenaraikan beberapa usaha lain yang dilakukan Jakim bagi menangani isu tersebut.

    Selain menggerakkan kempen kesedaran, Zulkifli memberitahu Dewan Rakyat bahawa Jakim turut membantu pekerja Islam yang ingin keluar daripada industri yang menjual arak.

    “Kita juga membantu mereka ini yang sedang berusaha mencari jalan keluar daripada bekerja di premis arak ini untuk mendapatkan bantuan sementara dari pusat zakat, dari majlis agama Islam sehingga mereka ini boleh mendapat pekerjaan sesuai menerusi program-program pembangunan asnaf, keusahawanan, dan aspek kemahiran,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah