31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gudang sisa kimia di Bukit Pelanduk musnah dijilat api

    Shopee Sale

    Sebuah gudang sisa bahan kimia berjadual milik Cenviro Sdn Bhd di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson musnah dalam kebakaran petang tadi.

    Penolong Penguatkuasa Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Muhammad Syazwan Tajuddin berkata gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.

    "Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6 petang tadi, empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Seremban 2, Seremban dan Rantau digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan 66 anggota.

    "Kebakaran dapat di kawal jam 8.30 malam dan ketika ini kerja-kerja memadamkan kebakaran masih dijalankan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan di Seremban malam ini.

    MENARIK:  'Maaf, anda terheret sama' - Peguam bekas CEO kesal wanita mangsa foto palsu

    Tinjauan Bernama mendapati kebakaran itu menyebabkan asap hitam dan tebal kelihatan pada petang tadi namun pihak media tidak dibenarkan berada berdekatan di kawasan tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah