26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GRS akan bincang kerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah – Hajiji

    Shopee Sale

    Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan perbincangan dengan PH berhubung kerjasama antara kedua-dua gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

    Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata bagaimanapun tarikh bagi perbincangan itu masih belum ditentukan setakat ini.

    “Kita dalam kerajaan sekarang, insya-Allah dalam masa terdekat kita akan mengadakan perbincangan dengan PH,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sungai Sibuga 2025 di Dewan Serbaguna Sri Libaran di Sandakan, hari ini.

    Pada akhir persidangan DUN Khamis lepas, Hajiji membayangkan bahawa GRS akan mengekalkan kerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN akan datang, walaupun BN Sabah turut mengumumkan akan bekerjasama dengan PH.

    Hajiji menegaskan sebarang keputusan berkaitan kerjasama dalam pilihan raya akan ditentukan oleh parti atau gabungan yang menerajui kerajaan sedia ada.

    MENARIK:  MIC diminta tangguh umum 'keluar' BN kerana PRN Sabah - sumber

    “Kerajaan negeri adalah GRS-PH Plus, ini jelas tapi dalam politik kita cari satu kebaikan yang boleh menyatupadukan rakyat, kita mahu ada kestabilan politik di Sabah. 

    “Bagaimanapun pintu kita tidak tutup untuk mereka yang mahu bekerjasama dengan kita. Tapi perlu diingat bahawa kerajaan hari ini adalah GRS-PH Plus, jadi kita yang tentukan siapa rakan kita dalam pilihan raya nanti," katanya.

    Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah