25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gerakan kecam SPRM dedah identiti pemberi maklumat rasuah Sabah

    Shopee Sale

    Gerakan mengutuk SPRM susulan tindakan ketua pesuruhjayanya, Azam Baki mendedahkan nama pemberi maklumat skandal rasuah Sabah.

    Presiden Gerakan Dominic Lau "mengutuk sekeras-kerasnya" SPRM kerana membocorkan identiti pemberi maklumat dan menyeru suruhanjaya itu agar tidak menjadi “alat politik”.

    “Sekiranya SPRM benar-benar mengamalkan ketelusan, mengapa hanya sesetengah kes sahaja yang didedahkan (identiti pemberi maklumat)? 

    “Jika nama pemberi maklumat kes tertentu boleh dibocorkan, mengapa tidak berlaku perkara yang sama dalam kes bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob?

    “Prinsip keadilan memerlukan ketelusan dan ketekalan dalam semua kes tanpa mengira individu yang terlibat atau kedudukan mereka dalam politik,” kata Lau dalam kenyataan hari ini,

    MENARIK:  EGM Bersatu lulus pinda perlembagaan untuk halang MP belot

    Lau juga mengkritik SPRM kerana didakwa mengamalkan tindakan penguatkuasaan terpilih ketika menangani kes melibatkan ahli politik.

    Pada 11 Mac lalu, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya hanya menyebut identiti pemberi maklumat itu sebagai "Albert", namun tidak mendedahkan nama penuh bagi melindunginya.

    Namun neberapa jam kemudian, Azam mendedahkan nama keluarga “Albert” dalam satu sidang media di Kota Kinabalu.

    Sejak November lalu, pemberi maklumat tersebut telah mendedahkan rakaman video dan mesej WhatsApp yang mendedahkan tindakan beberapa Adun Sabah yang menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah