30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan

    Shopee Sale

    Polis meminta mana-mana doktor pelatih yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat Ipoh agar tampil membuat laporan.

    Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.

    “Setakat ini kita belum terima sebarang laporan daripada mana-mana individu sama ada penulis surat layang ataupun doktor-doktor pelatih yang mendakwa diganggu secara seksual.

    “Pihak polis menggesa mereka supaya tampil buat laporan di mana-mana balai polis. Tindakan ini lebih wajar dilakukan daripada menularkannya di media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

    Yahaya berkata pihaknya turut memberi jaminan maklumat diri individu yang membuat laporan akan dirahsiakan.

    “Tak perlu khuatir, tak perlu takut. Kita beri jaminan bahawa apa sahaja maklumat berhubung diri mereka yang didakwa menjadi mangsa kita tidak akan bocorkan kepada mana-mana pihak,” katanya.

    MENARIK:  MP: Bagaimana mahu lawan rasuah jika elit dapat 'diskaun'?

    Pada 16 Mac lepas, Yahaya dalam kenyataan mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang doktor lelaki berusia 43 tahun yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual dan ugutan terhadap doktor pelatih di HRPB.

    Terdahulu, tular surat layang dimuat naik dalam Facebook dan aplikasi X yang mendakwa doktor terbabit sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita khususnya di Jabatan Ortopedik, selain mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah