29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, August 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gambar Johnny Lim hanya hiasan, kata menantu Hadi

    Shopee Sale

    Ketua PAS Bahagian Sungai Buloh Zaharuddin Muhammad menafikan dakwaan dia menghina penganugerahan pangkat kepada Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng.

    Sebaliknya, kata menantu Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu, dalam catatan asalnya, dia menyertakan penjelasan bahawa gambar yang dilampirkan hanya gambar hiasan.

    "Poin utama tulisan saya ialah untuk menyedarkan masyarakat bahaya MM2H (Malaysia Rumah Keduaku), di mana hari ini pembeli akan beli dan mendiami rumah tersebut.

    "Apabila berlaku kelahiran, maka tidak mustahil mereka akan minta kerakyatan dan selepas 20 tahun mereka akan minta hak mengundi. “Jika bangsa asing ini masuk secara terancang, sebagaimana Zionis di Palestin, maka tidak mustahil pada tahun 2058, PM Malaysia adalah daripada kalangan anak kelahiran bangsa asing ini. Ini poin utama saya," katanya.

    "Apa yang saya maksudkan ialah perlantikan bukan Muslim bumiputera adalah perkara biasa, tetapi jangan jadikan PM bukan Melayu perkara biasa macam pelantikan bukan melayu dalam ATM. Itu maksud asal saya," tambahnya.

    MENARIK:  117 ditahan dalam Ops Mega Khas di Kuala Muda

    Sementara itu, Zaharuddin juga menuduh Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan ahli politik lain sengaja memutar belit hantarannya untuk menggambarkannya sebagai bersikap perkauman.

    “Mungkin dalam kepala mereka, mereka mempertahankan Malaysian Malaysia yang memperjuangkan PM untuk bangsa bukan Melayu dan mereka juga tahu saya antara orang yang kuat menentang. 

    “Atas prejudis ini, apabila mereka melihat saya attach (lampirkan) gambar hiasan itu, mereka terus tafsir ikut prejudis mereka. 

    “Mungkin mereka faham bahawa, ‘saya menentang pelantikan Datuk Johnny Lim Eng Seng sebab ini juga naturalisasi’. 

    “Padahal saya dah sebut jelas bahawa ‘gambar bawah adalah hiasan. Tiada kaitan dengan berita di atas’,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah