29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gambar beras ‘Super Stupid – Terima kasih Fahmi, kata Mat Sabu

    Shopee Sale

    Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada Fahmi Reza atas karikatur yang dihasilkannya.

    “Terima kasih atas karya saudara Fahmi,” kata Mohamad dalam ruangan komen pada hantaran media sosial aktivis dan pereka grafik itu.

    Dalam komen sama, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut berjanji untuk mempergiat usaha mereformasi sektor padi dan beras negara.

    "Insya-Allah, saya akan terus berusaha agar reformasi besar-besaran sektor padi dan beras dapat dijayakan dan keberhasilan beras tempatan mencapai sasaran. Doakan ya,” katanya.

    Terdahulu, Fahmi memuat naik poster grafik yang menjadikan Mat Sabu sebagai parodi.

    Fahmi Reza

    Poster itu memaparkan kampit beras campuran import dan tempatan - ‘Beras Spesial - Super Stupid’ - berserta lakaran wajah Mat Sabu yang kelihatan berpeluh.

    Turut kelihatan pada poster itu ialah logo 'kartel beras' dan tanda harga RM84.81.

    Hantaran tersebut meraih lebih 10,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen balas daripada netizen.

    MENARIK:  Puad: Lebih baik Suhaizan ugut DAP berbanding BN Johor

    Sementara itu, isu kekurangan beras tempatan terus menjadi perhatian apabila laporan media mendedahkan kira-kira 40 hingga 50 peratus Beras Putih Import (BPI) daripada 5,000 sampel yang dianalisis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) disahkan bercampur dengan Beras Putih Tempatan (BPT).

    Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (Genetik) Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, memaklumkan bahawa kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras dijalankan sepanjang 2023 dan 2024.

    Mohamad Sabu (tengah)

    Bagaimanapun, Mat Sabu sebelum ini menjelaskan campuran beras tempatan dan import sudah diamalkan sejak tahun 1970-an.

    Namun, katanya, tiada peruntukan undang-undang yang jelas bagi mendakwa kes sedemikian di mahkamah.

    Dia turut menegaskan isu itu bukan sesuatu yang baru, malah kajian oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) awal tahun lalu turut mendedahkan sejarah panjang amalan tersebut dalam industri beras negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah