Bekas pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador bakal menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) daripada Pulau Pinang yang membawa gelaran DatukvSeri.
Penganugerahan itu dibuat sempena hari ulang tahun ke-84 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ramli Ngah Talib.
Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Pulau Pinang akan berlangsung mulai esok sehingga 30 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Law Choo Kiang hari ini.
Farhash dianugerahkan darjah kebesaran itu susulan kapasitinya sebagai pengerusi eksekutif MMAG Holdings Berhad
Pihak lain dalam senarai penerima DDPPN adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Mohd Yussof Abdul Latiff
Pada tahun ini seramai 150 orang akan menerima penganugerahan darjah kebesaran manakala 1,380 orang bakal menerima bintang dan pingat kehormatan.
Mereka terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan, usahawan-usahawan tempatan dan ahli-ahli badan sukarelawan.





