27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Faisal Halim kembali, tiada langsung pemain warisan baru

    Shopee Sale

    Pemain Selangor Faisal Halim kembali menyertai skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal di Johor, 25 Mac 2025.

    Ini penampilannya pertamanya selepas lama berehat daripada skaud kebangsaan selepas menjadi mangsa serangan asid, yang pelakunya masih dikenal pasti sehingga ke hari ini.

    Daripada senarai 27 orang yang dipanggil, nampaknya ‘revolusi’ berbulan-bulan yang dicanang, antaranya dengan membawa masuk ramai pemain warisan gred A dan naturalisasi berkualiti belum menjadi kenyataan.

    Tiada seorang pun pemain warisan baru dipanggil walaupun hujung Januari lalu ia dikatakan sudah berada di peringkat akhir.

    MENARIK:  Keluarga Wan Ahmad Faris serah memorandum tuntut keadilan

    Terdahulu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan enam hingga tujuh pemain warisan daripada selatan Eropah dikenal pasti untuk mewakili Malaysia.

    Dalam ‘revolusi’ baru ini, setakat ini hanya diumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Harimau Malaya Rob Friend, jurulatih Peter Cklamovski dan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Dr Craig Duncan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah