31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi sahkan Ismail bos baru Jkom

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan Ismail Yusop dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (Jkom).

    Ismail dipilih mengisi jawatan tersebut selepas ia dikosongkan penyandang, Khairuddin Othman, yang meletakkan jawatan sejak tiga bulan lalu.

    “Ya, sahih,” kata Fahmi ringkas melalui aplikasi WhatsApp ketika ditanya mengenai perkara itu, hari ini.

    Semalam pelantikan Ismail dikongsikan di laman Facebook Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

    Pelantikan bekas senator PKR itu ibarat ‘sireh pulang ke gagang’ kerana sebelum ini dia pernah berkhidmat di Jkom sebagai timbalan ketua pengarah.

    Sejak Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri selepas PRU ke-15, Jkom diterajui tiga orang ketua pengarahnya, termasuk Ismail.

    MENARIK:  Chegubard disiasat dakwaan kes rogol anak menteri

    Jawatan lantikan politik itu pada awalnya digalas bekas penyarah sains politik, Muhammad Aguf Yusoff, yang berkhidmat antara Feb hingga Nov 2023.

    Ismail pula berperananan sebagai timbalannya ketika itu.

    Agus bagaimanapun meninggalkan Jkom selepas terpalit dengan isu kontroversi peribadi, manakala Ismail turut keluar bagi menggalas timbalan ketua pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia.

    Susulan itu khidmat Agus diganti oleh Khairuddin yang juga bekas Adun Paya Jaras selama enam bulan sebelum berakhir Sep tahun lalu selepas kontraknya ditamatkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah