29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi Reza mahu seret k’jaan ke mahkamah

    Shopee Sale

    Aktivis dan artis Fahmi Reza menyatakan hasrat untuk menyaman kerajaan selepas dia dihalang daripada meninggalkan negara semalam.

    Menurutnya, maklum balas daripada Pejabat Perdana Menteri Anwar Ibrahim, serta Ketua Polis Negara Razarudin Husain, hanya menuding jari antara satu sama lain tanpa sesiapa pun mengambil tanggungjawab.

    “Aku tak nampak mana-mana pihak kerajaan yang berani ambil tanggung jawab atas kesilapan korang yang menyebabkan hak kebebasan bergerak aku disekat.

    "Korang senang je cakap “tiada sekatan rasmi”. Tapi realitinya, aku tetap kena sekat semalam. Aku tetap tak dapat ke luar negara. Aku tetap dinafikan hak aku sebagai rakyat.

    "Aku hanya rakyat biasa. Korang dah sekat, susahkan, dan rugikan masa dan duit aku, tapi kemudian cuci tangan, tak nak mengaku salah.

    MENARIK:  'Apa nak jadi, jadilah' - Penduduk Kg Sungai Baru enggan berganjak

    "Kalau rakyat buat salah, korang tak tunggu lama untuk heret kami ke mahkamah.

    "Kali ni, giliran rakyat pula untuk heret pihak berkuasa ke mahkamah,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Oleh itu, dia berkata sudah tiba masanya untuk menunjukkan kerajaan bukan kebal.

    "Rakyat tak patut takut pada kerajaan, kerajaan yang patut takut pada rakyat.

    "Korang selalu suruh aku “gunakan saluran yang betul”, kan?

    "Okay, kita jumpa di mahkamah," katanya lagi.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah