25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi nafi beri arahan, hantaran Facebook ‘Datu Bentan Alamin’ satu fitnah

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menafikan bahawa beliau telah memberikan arahan atau kenyataan seperti dakwaan dalam hantaran Facebook "Datu Bentan Alamin".

    Beliau menegaskan bahawa hantaran berkenaan adalah fitnah, serta laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat terhadap pemilik akaun berkenaan.

    “Saya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan mahupun arahan seperti yang didakwa.

    “Saya menyeru agar semua pihak menghentikan penyebaran fitnah dan tidak menunggang sebarang isu demi kepentingan peribadi, termasuk menjadikan kes Zara Qairina sebagai bahan untuk dimanipulasi,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.

    MENARIK:  Langkah PAS di Perlis didorong politik dendam, dakwa Mahfuz

    Dalam hantarannya itu, Fahmi turut berkongsi tangkap layar akaun Facebook Datu Bentan Alamin yang mendakwanya mengarahkan supaya kandungan terkait isu kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir dipantau dan disekat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah