26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi arah MCMC ambil tindakan pengguna TikTok sebar video fitnah

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun TikTok @janggut_putih yang dipercayai memuat naik kandungan video berbaur fitnah.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata video lama pada 2019 itu dimuat naik individu berkenaan, dipercayai dengan sengaja untuk menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat.

    “Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya.

    Fahmi berkata demikian dalam respons kepada aduan seorang pengguna aplikasi X yang antara lain meminta Menteri Komunikasi itu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Tiktok terlibat.

    MENARIK:  Budak tertinggal dalam kereta: Bedah siasat dapati tiada cedera fizikal

    Dalam video berdurasi 1.49 minit itu, seorang individu mendakwa Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan ketika itu (pada 2019), memaksa ibu bapa dan pelajar untuk mendaftar kad debit daripada sebuah bank antarabangsa, selain menghamburkan kata-kata kesat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah