25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elon Musk sedia berkhidmat dengan k'jaan AS jika ditawarkan

    Shopee Sale

    GLOBAL | Usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk pada Selasa menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat dalam Kerajaan AS jika ditawarkan perananan sedemikian, lapor Sputnik.

    Pada Isnin, calon presiden Republikan Donald Trump berkata beliau bersedia mempertimbangkan Musk untuk jawatan Kabinet atau sebagai penasihat sekiranya dipilih sebagai Presiden AS dalam pilihan raya November ini.

    "Saya sedia berkhidmat," kata Musk di X.

    Minggu lepas, Musk menemu bual Trump di platform Spaces di X. Pada bulan Julai, beliau memuat naik kenyataan di X yang menyokong Trump dalam pengundian presiden.

    Pilihan Raya Presiden AS dijadualkan berlangsung pada 5 November. Pada bulan Julai, Presiden AS Joe Biden yang kini memegang jawatan itu mengumumkan penarikan diri daripada menjadi calon pilihan raya 2024 demi kepentingan Parti Demokrat dan negara.

    MENARIK:  PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan

    Biden menyokong Harris sebagai calon Demokrat, yang telah diterima oleh Naib Presiden AS itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah