27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elon Musk sahkan X hadapi serangan siber besar-besaran

    Shopee Sale

    GLOBAL l Platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter mengalami gangguan di seluruh dunia pada Isnin, akibat serangan siber dengan pemiliknya, jutawan teknologi Elon Musk mendakwa ia sebagai serangan berskala besar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    “Terdapat (dan masih berlaku) serangan siber besar-besaran terhadap X.

    “Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar. Sama ada kumpulan terancang berskala besar atau ada negara terlibat. Masih dalam proses pengesanan...” kata Musk dalam satu hantaran di platform itu.

    MENARIK:  LANGSUNG: Pusat mengundi ditutup 6 petang, kiraan bermula

    Gangguan mula dilaporkan sekitar 5.30 pagi waktu Timur (0930 GMT), dengan X berjaya memulihkan perkhidmatannya untuk kebanyakan pengguna dalam masa sejam.

    Namun, gangguan kembali meningkat kira-kira tiga jam kemudian, menurut laman pengesan gangguan DownDetector.

    X terus dilanda pelbagai masalah, termasuk halaman yang gagal dimuat.

    Punca serangan siber masih belum diketahui.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah