28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kongsi gelap terlibat kes tembak di Meru – KP Selangor

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan penglibatan kongsi gelap dalam kes tembak mengakibatkan kematian seorang individu dalam kejadian berdekatan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang dekat Shah Alam pada 20 Jun.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini pihaknya telah menahan dua suspek warga tempatan berusia 25 dan 40 tahun selain memanggil 12 saksi awam bagi membantu siasatan.

    “Dua suspek ditahan pada hari berbeza di sekitar Klang baru-baru ini, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap. Mereka bekerja sendiri dan kita percaya boleh membantu siasatan kes.

    MENARIK:  Rakyat Pakistan digalak melabur dalam industri makanan di Malaysia - Zaliha

    “Kita percaya ini bukan kejadian rambang dan motif dipercayai akibat perbalahan antara kumpulan kongsi gelap,” katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

    Hussein berkata polis juga menyiasat sama ada kejadian melibatkan pembunuh upahan atau dilakukan anggota kongsi gelap sendiri.

    Pada 20 Jun, Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao mengesahkan seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun ditemukan mati dalam keadaan mengiring di tempat pemandu sebuah kereta dipercayai ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal di Meru.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah