27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua pengawal keselamatan menyamar polis, minta rasuah RM2,000 direman

    Shopee Sale

    Dua pengawal keselamatan yang ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis dan meminta wang daripada orang awam di Kota Masai pada Khamis lepas ditahan reman selama seminggu hingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan.

    Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kedua-dua suspek berusia 29 tahun itu ditahan anggota Unit MPV IPD Seri Alam kira-kira 4.30 pagi selepas pemeriksaan terhadap sebuah kereta di stesen minyak Jalan Perdagangan Damai, Kota Masai.

    “Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mengetuk cermin kereta seorang wanita yang bersama teman lelakinya. Mereka kemudian meminta wang RM2,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan berdua-duaan.

    MENARIK:  Presiden Colombia arah usir diplomat Israel

    “Suspek berjaya dikesan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan pencegahan jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta, dua telefon bimbit, beg silang, kad pengawal keselamatan, sampul raya, wang tunai RM2,000 dan alat kawalan jauh kereta.

    Mohd Sohaimi berkata semakan mendapati seorang daripada suspek memiliki beberapa rekod jenayah berkaitan dadah dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah