29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi

    Shopee Sale

    Dua kawasan di Sabah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat setakat pukul 7 pagi ini.

    Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.

    Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) dalam kenyataan memaklumkan terdapat kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang kira-kira 3 kilometer dari Politeknik Kota Kinabalu bermula, semalam.

    Balai Bomba Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan melalui dari talian MERS999 pada 4.19 petang sebelum bergerak ke lokasi sejauh 28 kilometer.

    Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran air daripada tangki jentera dan operasi pemadaman akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

    MENARIK:  MCA: Fokus Zahid tersasar, hala tuju PRU16 BN masih kabur

    Dalam pada itu, tinjauan Bernama ke kawasan itu pagi ini mendapati kebakaran masih berlaku dan kepulan asap hitam menjulang tinggi mencemarkan udara di kawasan sekitar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah