25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua hektar hutan berhampiran plaza tol Denai Alam terbakar

    Shopee Sale

    Kawasan hutan seluas kira-kira dua hektar berhampiran Plaza Tol Denai Alam, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) di Shah Alam terbakar tengah hari tadi

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.58 tengah hari sebelum lapan orang pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikerah ke tempat kejadian.

    MENARIK:  Urusan ambil pegawai perkhidmatan awam berteras meritokrasi - KPPA

    “Kesemua pegawai dan anggota telah bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera serta tangki air dan tiba di lokasi kejadian pada 1.22 tengah hari.

    “Setibanya di lokasi, kebakaran itu melibatkan hutan dianggar seluas dua hektar dan api berjaya dikawal pada 3.40 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dia berkata setakat lima petang tadi, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah