28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr M: Adakah Anwar dan keluarga juga diarah jelaskan semua harta?

    Shopee Sale

    Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan SPRM berhubung dakwaan siasatan terhadap kekayaannya.

    Bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan sama ada SPRM juga mengarahkan seterunya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan keluarga untuk menjelaskan harta, seperti yang dilakukan terhadap anak-anaknya.

    SPRM kini sedang dalam proses menuntut pengisytiharan aset daripada dua anak Mahathir - Mokhzani dan Mirzan.

    Bagaimanapun, kedua-duanya mendakwa Mahathir adalah sasaran sebenar siasatan rasuah itu - satu dakwaan yang tidak disahkan atau dinafikan oleh SPRM.

    Dalam kenyataannya hari ini, Mahathir berkata bahawa notis SPRM yang dihantar kepada Mirzan menyatakan bahawa suruhanjaya itu mendapati dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, yang meliputi penyalahgunaan kuasa.

    “Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan,” katanya.

    MENARIK:  Sasaran sifar miskin tegar, pembinaan loji sisa tenaga tumpuan Dewan Rakyat

    Mahathir berkata bahawa dia telah memulakan saman fitnah terhadap Anwar tahun lepas kerana dakwaan dia mempunyai harta berbilion ringgit.

    “Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.

    "Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah," katanya.

    [Laporan penuh menyusu]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah