29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dituduh guna duit kementerian bayar 'macai', Rafizi nak saman Wan Fayhsal

    Shopee Sale

    Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berhasrat memulakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal, atas dakwaan memfitnahnya.

    Rafizi berkata tindakan itu akan diambil selepas ahli parlimen Machang itu mendakwa dia menyalahgunakan dana kementerian itu untuk membayar laskar siber.

    Menurutnya, dia telah memohon pasukan peguam untuk memulakan proses tindakan undang-undang tersebut.

    "Saya tidak pernah saman sesiapa, tetapi fitnah YB Machang ini adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah," katanya merujuk kepada hantaran Wan Fayhsal di X (dahulunya Twitter).

    Wan Fayhsal sebelum itu mengulang siar hantaran pengguna X @RichardPower yang menyebut nama dua pempengaruh media sosial dan mendakwa mereka dibayar Rafizi untuk mempertahankan kerajaan.

    MENARIK:  PN gempur Perak, tapi PAS, Bersatu berkempen di pentas berbeza

    Pengguna X itu juga menyiarkan imej atau poster yang dinamakan ‘pelan kempen fasa 1’ untuk salah seorang daripada pempengaruh itu menangkis persepsi negatif terhadap kerajaan menerusi media sosial.

    “Semua ni macai belaan @rafiziramli. Sedapnya guna duit Kementerian buat kerja macai politik!” tulisnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah