30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Disyaki dera anak saudara umur 3 tahun, polis cekup lelaki

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, yang juga anak saudaranya, di Pulau Mertajam, Penaga, di Kepala Batas Jumaat lepas.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt C. Tharmalingam berkata suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin di Bertam susulan laporan polis yang dibuat bapa mangsa.

    “Siasatan awal mendapati bapa mangsa yang bekerja dan tinggal di Kelantan menghubungi anaknya melalui panggilan video pada hari kejadian sebelum terlihat bekas abang iparnya merotan kanak-kanak itu.

    MENARIK:  MP Paya Besar dilantik pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

    “Ketika itu, mangsa dilihat menangis manakala suspek tinggal serumah dengan bekas isterinya (ibu mangsa),” katanya kepada Bernama semalam.

    Beliau berkata pemeriksaan oleh doktor mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanak-kanak itu dan lelaki terbabit mendakwa tindakan merotan bukan bertujuan mendera, sebaliknya kerana mangsa sering menangis.

    Tharmalingam berkata suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah