32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Diskusi, baca buku di tempat awam pun kena permit?’

    Shopee Sale

    Sebuah kumpulan belia mendakwa menjadi mangsa intimidasi selepas pihak berkuasa mengarahkan mereka mendapatkan kebenaran polis untuk mengadakan acara diskusi dan bacaan buku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

    Dalam satu kenyataan, kumpulan yang dikenali sebagai Federasi Pemuda Kebangsaan (NYF) berkata, acara mereka di ruang awam itu pada malam Sabtu telah diganggu oleh antara lapan hingga 10 anggota polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    "Seorang pegawai siasatan jenayah dari IPD Dang Wangi menyoal sama ada kami telah menghantar surat permakluman kepada Ketua Polis Daerah.

    "Pertanyaan ini menimbulkan persoalan yang besar, adakah rakyat kini perlu membuat permohonan rasmi untuk menggunakan ruang awam bagi aktiviti membaca dan berdiskusi secara aman," kata kenyataan itu.

    Menurut hantaran Instagram kumpulan itu, program yang bermula pada jam 9 malam itu bertujuan mempromosikan budaya membaca dan membincangkan isu-isu nasional dengan memanfaatkan ruang awam.

    MENARIK:  Masyarakat Iban berdepan pengusiran di hutan Bintulu

    NYF mendakwa, anggota yang kebanyakannya berpakaian preman, mengarahkan mereka menamatkan program dan bersurai pada jam 10 malam tanpa memberikan asas undang-undang yang jelas untuk arahan tersebut.

    "Kehadiran pihak berkuasa dalam jumlah sebegitu, serta sikap tidak mesra terhadap aktiviti yang bersifat pendidikan dan intelektual, adalah bentuk intimidasi.

    "Ia memberi kesan langsung terhadap suasana ruang awam yang sepatutnya menjadi milik bersama dan selamat untuk semua.

    "Kami percaya bahawa membaca, berdiskusi dan menggunakan ruang awam secara damai tidak seharusnya dilayan seperti satu kesalahan.

    “Budaya intelektual seharusnya digalakkan, bukan diganggu," kata kumpulan itu lagi.

    Malaysiakini telah menghubungi polis Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklum balas.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah