27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Demo era Mahathir, Anwar macam langit dengan bumi’

    Shopee Sale

    Susulan berakhirnya himpunan Turun Anwar hari ini, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail tampil membandingkan pendekatan kerajaan hari ini berbeza dengan era pentadbiran pertama Dr Mahathir Mohamad terhadap demonstrasi awam.

    "Perbezaan antara Anwar dan Dr Mahathir macam langit dengan bumi.

    "Apa yang berlaku hari ini, bukti kerajaan madani menghormati hak berhimpun setiap rakyat seperti jaminan perlembagaan.

    "Saya mengucapkan tahniah polis jalankan tugas memudahcara himpunan dengan penuh profesional," katanya kepada Malaysiakini.

    Sepanjang pentadbiran Mahathir dari 1981 hingga 2003, dia sering dikritik kerana tidak bertoleransi terhadap perhimpunan awam.

    Ketika berlangsungnya gerakan reformasi 1998 pihak berkuasa menggunakan pendekatan keras untuk menyuraikan peserta demonstrasi.

    MENARIK:  Keputusan hakim dah jangka - Puad tunggu keputusan PAU2026

    Hari ini, pembangkang berhimpun secara besar-besaran berhampiran Dataran Merdeka, menuntut peletakan jawatan Anwar Ibrahim atas dakwaan gagal mentadbir negara.

    Himpunan itu turut disertai tokoh-tokoh politik seperti Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

    Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga setiausaha agung PH mengajak pembangkang untuk menilai semula hasil himpunan tersebut.

    "Pembangkang masih ada masa dan peluang lakukan muhasabah apa hasil perhimpunan.

    "Alhamdulillah Anwar kekal sebagai perdana menteri dan InsyaAllah terus kukuh mendapat sokongan ahli dewan dan rakyat.

    "Kini masa fokus kepada tugas pembangkang seperti memberi idea membina, teguran konstruktif, bentang dasar alternatif kepada rakyat," tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah