27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DBKL akan sedia empat kontraktor di setiap kawasan parlimen selenggara pokok

    Shopee Sale

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelengaraan pokok di Kuala Lumpur.

    Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam hantaran di laman X hari ini selepas mengadakan pertemuan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

    “Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu Datuk Kamarulzaman Mat Salleh di Menara DBKL, semalam.

    “Kami bincang isu perubahan iklim dan perananan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi DBKL dalam memastikan penyelengaraan pokok di Kuala Lumpur dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

    Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata DBKL juga berhasrat untuk menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menanam 100 pokok bagi setiap pokok yang ditebang, selaras dengan usaha untuk menghijaukan bandaraya dan Malaysia secara amnya.

    MENARIK:  Pengharaman vape: 'Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua'

    Pada 25 Mei lepas, beberapa kawasan di Kuala Lumpur khususnya sekitar Lembah Pantai dan Bangsar dilanda hujan lebat serta angin kencang hingga mengakibatkan insiden pokok tumbang dan bumbung bangunan terbang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah