27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Datuk Seri palsu: Polis rakam keterangan ahli lembaga pengarah syarikat telco

    Shopee Sale

    Polis telah merakam keterangan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran "Datuk Seri" palsu.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan lanjut masih diteruskan ke atas individu berkenaan.

    "Beliau (Individu itu) telah diambil keterangan dan kita sedang teruskan siasatan.

    "Suka saya tegaskan bahawa perbuatan menggunakan gelaran kebesaran tanpa melalui proses yang sah adalah satu kesalahan dan perkara ini diambil serius oleh pihak Istana Pahang.

    "Pihak polis akan mengambil tindakan tegas termasuklah mendakwa mereka yang berkenaan," katanya kepada Malaysiakini.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan polis sedang menyiasat anggota lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran "Datuk Seri" palsu yang dikaitkan dengan Istana Pahang.

    MENARIK:  Lelaki maut ditikam ketika lakukan seks

    Ia susulan satu laporan polis dibuat di Pahang pada 26 Jul lalu mendakwa individu berkenaan belum menerima sebarang anugerah dari istana Pahang yang membawa gelaran itu.

    Berdasarkan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, semakan telah dibuat dengan unit Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.

    "Saya telah membuat semakan awal dengan unit Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang penama masih belum dikalungkan secara sah darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).

    "Justeru penama telah salah menggunakan gelaran tersebut sebagai mana Seksyen 6 Undang-undang Negeri Pahang pengisytiharan gelaran, pangkat kemuliaan,pangkat kebesaran dan kurniaan negeri pahang 2019," kata Amir Syaffiq dalam laporan polis berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah