24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dasar bumiputera tak boleh diganggu dalam rundingan dengan negara luar’

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan yang akan menjejaskan dasar negara, termasuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif.

    Anwar berkata walaupun pelaburan dan perdagangan dengan AS adalah tinggi, Malaysia mempunyai 'redline' dalam rundingan iaitu dasar bumiputera tidak boleh diganggu meskipun dianggap 'diskriminatif' oleh pihak luar.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peluang kepada syarikat tempatan juga perlu dipertahankan dalam rundingan dengan AS.

    Dia turut menegaskan pendekatan Malaysia lebih teliti dan tegas demi memastikan kepentingan negara terjaga dan hubungan perdagangan dengan negara lain termasuk China dan Asean terus diperkukuh sebagai langkah memperluas pasaran.

    MENARIK:  Ahli psikologi gesa KPM rangka pelan kesihatan mental di sekolah

    “Itu ‘redline’ kita dalam rundingan (tarif) dan sebab itu, rundingan kita lebih teliti dan tegas. Kita terus berdagang dengan semua negara tetapi tiada negara yang boleh meletakkan syarat yang menekan kita,” katanya pada majlis perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah