32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Dapatkan fakta yang betul' – KKM nafi lambat siasat kematian pakar

    Shopee Sale


    Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan kementeriannya lambat menyiasat kematian pakar perubatan patologi Hospital Lahad Datu, Dr Tay Tien Yaa pada 29 Ogos lalu.

    Dzulkefly menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong berkenaan dakwaan kelambatan itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

    “Kita melakukan siasatan dalaman segera dan menubuhkan panel bebas. Tolong dapatkan fakta yang betul kerana saya tak mahu ada sebarang salah maklumat.

    “Apabila semua dapatan disahkan, kita akan segera memutuskan soal pampasan. Tolong jangan buat spekulasi sehingga kita tahu keputusan siasatan panel bebas,” katanya seperti dipetik The Star.

    Menurut Dzulkefly, siasatan yang diketuai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah segera dimulakan, dengan panel bebas yang tiada perkaitan dengan KKM.

    Minggu lalu, Dzulkefly turut mengumumkan penubuhan pasukan khas yang bukan sahaja akan menganalisis input siasatan kematian Tay, tetapi turut menyentuh isu budaya kerja secara keseluruhan di Hospital Lahad Datu.

    Pasukan itu diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Borhan Dollah serta dibantu lima anggota lain yang bukan daripada KKM.

    Tay yang merupakan bekas ketua Unit Patologi Kimia di hospital itu ditemui mati di kediamannya dan didakwa menjadi mangsa buli.

    MENARIK:  Telenor didakwa serah data pelanggan pada tentera Myanmar

    Pada 1 Oktober lalu, adiknya, Tay Yong Shen, 31, mendedahkan pihak keluarga menjumpai bukti dalam aplikasi WhatsApp mendiang berkenaan layanan dan bebanan di tempat kerja.

    Susulan kematian Tay pada 29 Ogos, keluarga mendakwa dia membunuh diri akibat tekanan dan dibuli.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata pihaknya maklum mengenai dakwaan tersebut tetap siasatan setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.


    Sekiranya anda merasa tertekan atau mempunyai kecenderungan membunuh diri, atau mengenali seseorang yang berdepan situasi itu, sila hubungi talian bantuan berikut:

    Talian Kasih

    Hotline: 15999

    The Befrienders

    Hotline: 03-76272929

    Pusat Kaunseling Agape Malaysia

    Hotline: 03-77855955 atau 03-77810800

    Life Line Association Malaysia

    Hotline: 03-42657995

     


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah