28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dalang sindiket penyeludupan kanak-kanak Sri Lanka-Malaysia kena cekup

    Shopee Sale

    Seorang lelaki yang dipercayai dalang di sebalik sindiket penyeludupan yang memperdagangkan kanak-kanak dari Sri Lanka ke Malaysia ditahan di Colombo semalam selepas dia diusir dari Malaysia.

    Akhbar Daily Mirror melaporkan pihak berkuasa menahan warga Sri Lanka itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike selepas Jabatan Imigresen Malaysia menahanya kerana membawa seorang budak lelaki Sri Lanka berusia 14 tahun dan bapanya sebaik mereka tiba di negara ini.

    Lelaki berusia 76 tahun itu dikaitkan dengan 17 kes penyeludupan kanak-kanak.

    Dia tiba di Malaysia bersama mangsa terbaharunya melalui penerbangan AirAsia pada Isnin lalu.

    Jabatan Imigresen Malaysia mendapat maklumat untuk menahan lelaki itu selepas Unit Pengawasan Sempadan (BSU) di Lapangan Terbang Sri Lanka mengesan kumpulan tersebut yang dalam perjalanan untuk terbang ke Malaysia.

    Sasaran sindiket itu adalah keluarga kurang berkemampuan di Malaysia dengan menawarkan mereka wang tunai sebagai pertukaran dengan sijil kelahiran serta maklumat anak mereka.

    Dokumentasi itu kemudiannya digunakan untuk memohon pasport Malaysia untuk kanak-kanak Sri Lanka yang sepadan dengan keterangan kanak-kanak Malaysia.

    MENARIK:  Ewon sangkal tanggapan perdaya pengundi Sabah

    Susulan itu, kanak-kanak Sri Lanka tersebut akan dibawa ke UK atau Eropah menggunakan pasport Malaysia. Sindiket itu dibayar sehingga €50,000 untuk perkhidmatan tersebut.

    Sepanjang Disember 2022 hingga April 2023, didapati 13 kanak-kanak Sri Lanka berumur antara 11 dan 16 tahun telah mendarat di UK atau Perancis melalui cara ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah