25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cuepacs gesa bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam diteruskan

    Shopee Sale

    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

    Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata pihaknya berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tradisi pemberian bantuan itu yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas.

    "Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang kuasa beli.

    "Jadi bantuan khas Aidilfitri ini mampu diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan pesara sebagaimana tradisi tahun-tahun sebelum ini," katanya.

    Adnan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

    Adnan seterusnya melahirkan penghargaan kepada kerajaan Perak yang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 manakala Pulau Pinang turut meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada penjawat awam di kedua-dua negeri itu sempena Aidilfitri.

    MENARIK:  Johor juga mungkin naikkan gaji penjawat awam negeri

    "Cuepacs juga memohon dan merayu kepada semua kerajaan negeri yang lain supaya memberi pertimbangan yang sama seperti Perak dan Pulau Pinang bagi meringankan bebanan penjawat awam," katanya.

    Sementara itu Adnan berkata Cuepacs tetap mempertahankan skim tetap dan berpencen kepada penjawat awam kecuali jika terdapat bentuk skim yang lebih baik menggantikan skim sedia ada.

    “Jika nak buat penambahbaikan biarlah ia dalam konteks ‘tidak kurang faedah’ dari sekarang ini, maka kita mahu Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji apakah bentuk skim yang mampu mengganti skim sekarang ini tanpa mengurangkan faedahnya,” katanya

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah