25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kecoh kerana selendang: Kita perlu galakkan perpaduan, kata Yeoh

    Shopee Sale

    Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Malaysia perlu berusaha memupuk perpaduan selepas dia dipersoalkan kerana berselendang ketika menghadiri sebuah majlis di Universiti Monash di Australia, ketika menjadi sebahagian daripada anggota rombongan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Jelasnya, sebelum majlis pada Isnin lalu itu, dia telah menghadiri satu acara lain di Kolej Al-Taqwa, sebuah sekolah Islam di Melbourne, yang memohon wanita supaya menutup rambut mereka.

    Memandangkan wakil dari Universiti Monash tiba lebih awal, dan kerana tidak mahu lewat, Yeoh berkata dia tidak mempunyai masa untuk mendandan rambutnya, sekali gus membuat keputusan untuk terus berselendang.

    "Keputusan mudah dan saya sedih kerana ini terpaksa dijelaskan di Facebook.

    "Sebagai wanita, saya juga tidak mahu muncul dalam gambar media dengan rambut kelihatan kusut masai dan tidak terurus. Tolong hormati pilihan saya," katanya di Facebook semalam.

    Menteri itu berharap keputusannya berselendang semasa acara tertentu tidak lagi dijadikan isu.

    Pada 2021, Yeoh dikritik oleh rakan partinya, dari DAP, Dr Boo Cheng Hau kerana bertudung semasa lawatan ke masjid.

    Boo mengibaratkannya sebagai percubaan untuk "memenangi hati orang Melayu".

    Dalam respons kepada Boo, Yeoh, yang beragama Kristian, berkata bertudung di masjid tidak mengubah kepercayaannya.

    MENARIK:  Fadhlina dikecam lepas kata pelajar dituduh rogol tetap boleh ambil SPM

    Mengulas lanjut mengenai isu baru-baru ini, Yeoh menjelaskan bahawa sebagai sebahagian daripada anggota rombongan perdana menteri, mereka perlu hadir  lebih awal daripada perdana menteri sendiri.

    Mengikut jadual asal, dia mempunyai masa luang selama  15 minit sebelum mesyuarat dengan Universiti Monash bermula. Justeru, ini akan memberinya lima minit untuk mendandan rambutnya.

    Bagaimanapun, mesyuarat itu kemudiannya dipercepatkan 10 minit berikutan ketibaan awal wakil universiti berkenaan, katanya.

    "Saya berselendang sebagai menghormati rakan-rakan beragama Islam di tempat suci mereka. Saya memilih untuk terus berselendang kerana tidak mahu lewat untuk pertemuan dengan Monash dan perdana menteri.

    "Ketepatan waktu dan protokol amat penting bagi saya," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah