27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cincin angkasa’ di Kenya dari pelancar roket

    Shopee Sale

    Agensi Angkasa Kenya pada Rabu mengenal pasti satu objek besar logam yang jatuh dari angkasa awal minggu ini berkemungkinan cincin pemisah daripada roket yang dilancarkan, lapor United Press International (UPI).

    Dalam satu kenyataan, agensi itu memberi jaminan kepada orang awam yang objek tersebut tidak menimbulkan ancaman keselamatan.

    Objek seberat lebih 1,000 paun itu jatuh di Kampung Mukuku, Daerah Makueni, selatan Kenya pada Isnin.

    MENARIK:  Muda tak letak calon di Mahkota, mahu fokus kuatkan parti

    “Selepas menerima maklumat pada pagi Selasa, pegawai KSA segera ke lokasi kejadian dan dengan kerjasama pasukan pelbagai agensi serta pihak berkuasa tempatan, mengosongkan kawasan tersebut dan mengambil serpihan itu yang kini berada di bawah seliaan agensi untuk siasatan lanjut, ”menurut kenyataan itu. 

    Cincin pemisah daripada roket yang dilancarkan biasanya direka untuk terbakar apabila memasuki semula atmosfera Bumi atau mendarat di lautan atau kawasan yang tidak berpenghuni.

    Agensi Angkasa Kenya menggambarkan insiden itu sebagai "kes terpencil" dan menyatakan ia akan menangani perkara itu di bawah rangka kerja Undang-Undang Angkasa Antarabangsa.

    Bunyi objek itu jatuh dilaporkan dapat didengar sejauh 30 batu, menarik perhatian saksi yang bergegas ke lokasi dan berkongsi foto dalam talian.

    Cincin itu berukuran kira-kira 8 kaki diameter.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah