25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    CCTV di sekitar KLCC akan ditambah bagi tangani ‘ulat foto’

    Shopee Sale

    Lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di kawasan sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), Jalan Ampang di Kuala Lumpur bagi memerangi sindiket jurugambar tidak berlesen atau “ulat foto” dalam masa terdekat.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan KLCC Property Holdings Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menambah bilangan CCTV di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing itu.

    “CCTV adalah di bawah pengurusan KLCC. Saya akan bincang dengan mereka bersama DBKL untuk lihat bagaimana kita boleh pasang lebih banyak CCTV di luar supaya kita boleh mengenal pasti muka-muka yang melaksanakan kegiatan perniagaan seperti ini tanpa kebenaran,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 18 jurugambar tidak berlesen disyaki menyerang seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan antara kumpulan itu dengan seorang pelancong asing di Persiaran KLCC, Ahad lepas.

    Hannah berkata beliau juga mahu anggota polis dan pegawai penguat kuasa DBKL melakukan rondaan lebih kerap bagi membendung isu tersebut daripada terus berlarutan.

    “Kita tidak mahu melihat pelancong dan rakyat Malaysia dibuli kerana ia juga memburukkan nama negara. Pergaduhan seperti itu tak sepatutnya berlaku dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis. Saya minta polis ambil tindakan,” katanya.

    MENARIK:  Inflasi Malaysia 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam 51 bulan

    Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam memaklumkan sebanyak 18 jurugambar tidak berlesen berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun ditahan di pekarangan KLCC untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

    Dalam pada itu, Hannah berkata DBKL telah membuat laporan polis berhubung isu ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang didakwa meminta wang daripada sebuah pusat urut, dipercayai berlaku di Wangsa Maju.

    “Tiada sebab mengapa ahli MPPWP perlu turun ke lapangan kerana itu adalah bidang kuasa DBKL. (Peranan) MPPWP adalah mendengar aduan dan membawa aduan itu kepada DBKL, mereka bukan penguat kuasa. Itu adalah jelas,” katanya yang juga Ahli Parlimen Segambut.

    Baru-baru ini, tular rakaman CCTV sebuah pusat urut yang memaparkan kehadiran dua lelaki memperkenalkan diri dengan mendakwa sebagai ahli MPPWP sebelum meminta wang untuk mengelakkan premis tersebut ditutup, kononnya terdapat aduan daripada penduduk.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah