27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Caj elektrik lebih telus di bawah tarif baru

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bil elektrik akan memaparkan perincian lengkap semua caj tidak lama lagi.

    CEO Suruhanjaya Tenaga Siti Safinah Salleh berkata langkah itu membolehkan setiap pelanggan melihat pecahan caj berdasarkan kapasiti, penjanaan, rangkaian dan runcit dalam bil mereka.

    “Anda boleh lihat semua caj ini dalam setiap bil. Kenapa? Supaya semua pengguna tahu apa yang mereka bayar,” katanya pada taklimat media di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini,

    Perubahan ini diumumkan seiring dengan semakan kadar purata tarif asas kepada 45.40 sen/kWj yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.

    “Kadar tarif asas purata disemak berdasarkan anggaran kos bekalan elektrik untuk tempoh RP4 dan ditetapkan pada 45.40 sen/kWj, berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember lalu.

    “Dengan semakan ini, kos purata keseluruhan tarif elektrik dikurangkan sehingga 19 peratus berbanding Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3),” menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Tenaga.

    Pada 26 Disember lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencadangkan jadual tarif baru dengan tarif asas 45.62 sen/kWj di bawah RP4.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan menjejaskan 85 peratus rakyat, sebaliknya tertumpu kepada pengguna industri dan golongan “maha kaya”.

    Struktur tarif elektrik baru di Semenanjung Malaysia akan berkuat kuasa dari 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027, di bawah kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) menurut Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.

    Mengulas lanjut, Siti Safinah memaklumkan satu lagi perubahan besar ialah penggunaan mekanisme penyesuaian bahan api automatik (AFA) yang menggantikan kaedah Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

    Katanya, langkah itu dijangka dapat menangani turun naik harga bahan api dengan lebih baik dan meningkatkan ketelusan kepada rakyat.

    “Ini membolehkan kita membuat pelarasan bahan api dan kadar tukaran mata wang asing yang lebih tepat mengikut pasaran,” katanya.

    Siti Safinah menjelaskan bahawa sistem itu akan melaraskan harga secara automatik setiap bulan dalam julat tiga sen. 

    MENARIK:  Zahid akan jumpa Anwar bincang isu Negeri Sembilan

    Sebarang perubahan melebihi had itu perlu mendapat kelulusan kerajaan, katanya.

    Dia berkata maklumat berkaitan akan dipaparkan di laman web Suruhanjaya Tenaga, sambil menambah bahawa pelarasan itu akan bergantung kepada faktor luaran, antaranya perubahan pasaran yang berterusan.

    “Apa yang kita mahu perbaiki ialah ketelusan dalam menentukan pelarasan dan menjelaskan faktor yang menyebabkan perubahan tersebut,” katanya.

    AFA merupakan antara cadangan daripada pengguna industri, khususnya dalam sektor pembuatan.

    Penstrukturan semula kategori pengguna

    Siti Safinah turut memaklumkan struktur tarif elektrik di Semenanjung turut diperkemas dengan pengelasan semula kategori pengguna kepada dua kategori utama: domestik dan bukan domestik.

    Pengguna bukan domestik pula akan dibahagikan kepada tiga kategori mengikut tahap penggunaan elektrik: rendah, sederhana dan tinggi.

    Selain itu, dia berkata pengguna domestik juga boleh menikmati bil lebih rendah melalui penyertaan dalam Insentif Kecekapan Tenaga, di mana penggunaan di bawah 1,000 kWj tidak akan terkesan dengan struktur tarif baru.

    Bagi pengguna bukan domestik voltan rendah, penggunaan 200 kWj pertama juga akan menerima manfaat daripada insentif tersebut.

    Dia turut mengumumkan peluasan Skim Waktu Guna (Time of Use - TOU) yang menawarkan kadar tarif berbeza mengikut masa penggunaan, iaitu antara waktu puncak dan bukan puncak.

    Dia berkata mulai 1 Julai, waktu puncak akan bermula dari jam dua petang hingga 10 malam, manakala waktu bukan puncak ialah dari jam 10 malam hingga dua petang keesokannya.

    Waktu bukan puncak juga termasuk hujung minggu dan 15 cuti umum yang akan dimaklumkan kemudian, katanya lagi.

    Perbincangan mengenai tarif elektrik baru ini timbul di tengah peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan bermula 1 Julai.

    Melalui langkah itu, barangan bukan keperluan akan dikenakan cukai jualan antara lima hingga 10 peratus, manakala cukai sifar kekal bagi barangan keperluan asas.

    Kerajaan juga merancang untuk memulakan proses rasionalisasi subsidi petrol RON95.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah