26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong ke kabinet

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi akan membawa cadangan mengembalikan nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gamuda Cove kepada nama asal iaitu SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke mesyuarat kabinet.

    Pengerusi BN itu berkata cadangan tersebut - yang dikemukakan oleh Presiden MCA Wee Ka Siong - tidak membabitkan isu perkauman tetapi kerana ia merupakan nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.

    "Ini bukan membabitkan soal perkauman, ini soal ketika itu nama tersebut telah dipersetujui.

    "Insya-Allah, saya sendiri akan membawanya ke kabinet," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun Jubli Emas BN di Kuala Lumpur semalam.

    MENARIK:  Rundingan tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 bermula

    Terdahulu, Wee dalam ucapannya berkata nama pengasas MCA itu diluluskan oleh menteri pendidikan sebelum ini, Mahdzir Khalid, pada 26 Okt 2017, namun digugurkan ketika majlis pecah tanah untuk pembinaan SJKC Gamuda Cove pada 4 Dis lalu.

    Katanya Omar adalah tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan selain menjadi antara menteri dalam kabinet pertama negara.

    "Tun Omar itu besar jasanya kepada negara kita... atas nama keadilan, kita patut berikan dia keadilan sejagat, takkan kita mahu tarik balik?

    "Dia sudah meninggal dunia pada 2010... untuk mengenang jasa veteran, kita jangan lupa pada sejarah," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah