25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    CAAM sahkan penerbangan MH2554 ke Tawau berpatah balik

    Shopee Sale

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada hari ini, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud ketika dihubungi Bernama berkata CAAM telah menerima laporan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) tentang insiden berkenaan.

    “Saya dapat laporan daripada ATC. Laporan cuma cakap berpatah balik dan ‘tiada kejadian susulan’.

    “Syarikat akan bagi laporan terperinci dalam masa 48 jam kepada CAAM,” katanya.

    Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web http://www.flightaware.com, penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.

    MENARIK:  K'jaan kaji cadangan bangun media sosial untuk rakyat Malaysia

    Pesawat itu dilaporkan berlegar-legar di ruang udara di Pahang sebelum tiba di KLIA pukul 5.07 petang.

    Setakat 8.30 malam, MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah