30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Buruh warga emas maut dirempuh kereta ketika selenggara jalan

    Shopee Sale

    Seorang buruh lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan jalan di Kilometer 32, Jalan Tawau-Kunak di Tawau, Sabah pada 8.30 pagi semalam.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata mangsa berusia 62 tahun itu tercampak sejauh 27 meter selepas dirempuh kereta berkenaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

    "Polis menerima maklumat pada 8.50 pagi berhubung kejadian itu dan siasatan awal mendapati pemandu kenderaan seorang lelaki dari arah Kunak menuju ke Hospital Tawau dipercayai memandu laju sambil memintas dua kenderaan lain.

    “Siasatan awal mendapati pemandu kereta, seorang lelaki berusia 23 tahun, dipercayai memandu laju sambil memintas dua kenderaan lain dari arah Kunak menuju ke Hospital Tawau. 

    MENARIK:  Polis tahan individu miliki 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak

    “Kereta tersebut hilang kawalan, terbabas ke kanan jalan, dan melanggar mangsa yang sedang bertugas bersama dua rakan sekerja," katanya dalam kenyataan semalam.

    Kedua-dua rakan sekerja mangsa dan pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Pemandu tersebut ditahan untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah