26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bina tembok: Kelantan perlukan hampir RM450 juta kos pengambilan tanah – MB

    Shopee Sale

    Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

    Beliau berkata cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir berkenaan sangat relevan untuk ekonomi negeri.

    “Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand mampu menangani dan membanteras jenayah penyeludupan serta mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Golok iaitu sepanjang 99 kilometer,” katanya pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

    MENARIK:  Perginya Pak Lah, bapa pembangunan modal insan negara

    Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti cadangan pembinaan tembok keselamatan banjir berkenaan, dan ia akan dimuktamadkan di peringkat MKN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah